Sempena ulang tahun ke-19 anti-penganiayaan : Pelatih Falun Gong Malaysia berhimpun di hadapan Kedutaan China, menyeru penindasan dan penganiayaan

Pada 20 Julai, 1999, bekas pemimpin Parti Komunis China, Jiang Zemin telah menyalahguna kuasa dengan memerintah dan mengarahkan penganiayaan kejam ke atas pengamal dan pelatih Falun Gong, malahan telah mengambil organ pengamal Falun Gong secara paksa. Organ badan pengamal Falun Gong telah diambil dengan cara yang kejam dan ia dijual demi mendapatkan keuntungan.

Pada 20 Julai, 2018, para pelatih Falun Gong telah berkumpul di hadapan Kedutaan China mengadakan perhimpunan di tepi jalan raya yang sesak dengan kenderaan sebagai cara membantah dan berkabung bagi memperingati para pengamal Falun Gong yang telah dianiayai, diseksa dan dibunuh oleh Parti Komunis China. (Chew Lee Tat/Epoch Times)

Hari ini selepas 19 tahun berlalu, para pelatih Falun Gong di Malaysia masih meneruskan perhimpunan di hadapan Kedutaan China di Kuala Lumpur sebagai membantah penganiayaan yang telah dilakukan danĀ  menyeru supaya tindakan kejam ini dihentikan.

Pada 20 Julai, 2018, kira-kira jam 7 malam, para pelatih Falun Gong dari Malaysia telah berkumpul secara aman di hadapan Kedutaan China dengan membawa sepanduk dan berkabung mengenang hari ulang tahun para pengamal dan pelatih Falun Gong yang telah dianiaya, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Parti Komunis China.

Mereka juga membantah penindasan dan penganiayaan kejam yang telah berlarutan selama 19 tahun. Para pelatih Falun Gong mengambil peluang ini dengan secara berterusan memberi kesedaran dan pemahaman kepada warga Malaysia akan kebenaran kekejaman yang telah dilakukan oleh Parti Komunis China ke atas pelatih Falun Gong di China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *