Mulai 1 Ogos, restoran McDonald’s Malaysia tidak lagi membekalkan straw plastik kepada pelanggan

Dalam usaha untuk mengurangkan sisa plastik, kebanyakan rantaian restoran di seluruh dunia telah menggalakkan pelanggan untuk berhenti menggunakan straw plastik.

Hal ini turut sama disertai oleh rantaian restoran makanan segera terkenal, McDonald’s Malaysia yang telah memperkenalkan kempen ‘Katakan Tidak kepada Straw’ bermula 1 Ogos.

Kredit: Fortune

Walaupun kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan oleh syarikat gergasi ini, namun beberapa cawangan restorannya di Bangsar dan Pulau Pinang telah mula meletakkan papan tanda yang mengingatkan pelanggan bahawa straw plastik tidak lagi akan disediakan mulai bulan hadapan, melainkan jika diminta di kaunter.

Kredit: Lipstiq.com

Dilaporkan oleh The Star bahawa di Malaysia sahaja, kira-kira 31 juta straw plastik digunakan pada setiap hari. Bilangan yang mengejutkan ini sememangnya sebuah angka yang besar disebabkan oleh rakyat Malaysia yang sering menggunakan straw plastik untuk hampir semua minuman sejuk yang dipesan di kedai makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *