Mahu tahu kenapa golongan wanita hidup lebih lama daripada golongan lelaki? Ini antara sebabnya, memang melucukan!

Ramai yang berpendapat bahawa golongan wanita hari ini sudah boleh menandingi kaum lelaki dalam pelbagai bidang seperti bidang pekerjaan dan pendidikan.

Hari ini, golongan wanita sudah menerajui jawatan-jawatan tertinggi dalam syarikat. Mereka juga kini sudah boleh melakukan tugas yang dahulu hanya dimonopoli oleh kaum lelaki. Kini, telah lahir ramai juruterbang mahupun askar yang terdiri daripada golongan wanita.

Namun begitu, kaum lelaki sebenarnya punya kelebihan yang tersendiri, kelebihan yang tidak dimiliki oleh golongan wanita. Mereka lebih berani melakukan sesuatu yang aneh, mereka tidak segan menunjukkan kekuatan mereka dalam melakukan kerja-kerja yang tidak masuk akal dan mereka juga lebih berani untuk mengambil risiko.