Kerajaan Nepal larang rakyatnya bekerja di Malaysia berkuat kuasa serta-merta

NEPAL – Kerajaan Nepal mengambil keputusan muktamad untuk melaksanakan perintah larangan tanpa had kepada rakyatnya yang ingin bekerja di Malaysia, berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini diambil berikutan rasa tidak puas hati kerajaan Nepal terhadap dasar pengambilan pekerja asing yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Menurut laporan The Star, diplomat buruh di Kedutaan Nepal iaitu Sanmaya Ramtel telah mengesahkan mengenai sekatan kemasukan rakyat Nepal ke Malaysia dan memaklumkan bahawa tindakan tersebut dibuat sebagai tanda bantahan terhadap peraturan imigresen dalam isu pengambilan pekerja asing yang ketat.

Antara isu yang dibangkitkan sekali gus mendorong kepada pelaksanaan sekatan kemasukan itu adalah monopoli daripada syarikat swasta bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan dan juga kesihatan sebagai sebahagian daripada keperluan visa.

Kredit: Blue iCorp

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran telah mengeluarkan satu kenyataan yang meminta agar kerajaan Nepal memberikan sedikit kelonggaran terhadap arahan sekatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *