Gempa bumi di Pulau Lombok, 10 termasuk seorang rakyat Malaysia terkorban

LOMBOK – Bencana gempa bumi yang melanda Pulau Lombok, Indonesia dengan kekuatan 6.4 skala Richter telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan menyebabkan kecederaan kepada 40 orang.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi dilaporkan berlaku sekitar jam 6.47 pagi semalam (29 Julai 2018) pada kedalaman tujuh kilometer berpusat di 1.4 kilometer barat daya Lelongken, Indonesia.

Kredit: Reuters

Insiden berkenaan turut disusuli dengan gempa kedua pada kekuatan 5.4 skala Richter di kawasan yang sama di timur Indonesia, berpusat di bahagian utara pulau berkenaan iaitu 49.5 kilometer di timur laut bandar Mataram.

Bagaimanapun, kejadian gempa berkenaan tidak menyebabkan gelombang kuat di dasar laut sehingga mengakibatkan ombak besar atau tsunami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *