LIVE FACEBOOK TIBA TIBA ADA SESUATU DATANG YANG BUAT BULU ROMA DIA NI TEGAK.

Membuat LIVE di media sosial adalah antara medium perniagaan yang menjadi pilihan untuk hampir kesemua peniaga peniaga dalam talian zaman sekarang. Dengan penggunaan Facebook atau Instagram, para peniaga mampu menjana pendapatan dengan cepat apabila membuat satu sesi LIVE di dalam akaun peribadi atau page mereka.

Memang tidak dinafikan dengan menggunakan kaedah LIVE ini ramai yang akan tonton. Jumlah view yang dapat boleh mencecah ribuan dalam satu satu masa. Dengan LIVE ini para peniaga atas talian mampu mengiklankan produk mereka dan tidak perlu mengeluarkan modal kecuali handphone dan data yang banyak sahaja.

Siapa Yeop Hashim?
Kalau anda seorang vaper nama Yeop Hashim memang tidak asing lagi untuk anda. Beliau adalah salah seorang vaper dan juga reviewer untuk barang barang vape. Selalunya beliau review juice juice tempatan dan antarabangsa melalui LIVE facebook. Kadang kadang LIVE di dalam kereta atau di rumah beliau.

Kena Kacau Hantu?
Apa yang terjadi ketika LIVE untuk Yeop Hashim? Pada 4hb Julai 2018, seperti biasa Yeop akan buat review produk dan selalunya LIVE beliau akan bermula pada jam 12.30am. Live yang selalunya berlangsung dalam tempoh sejam atau lebih. Tetapi sesuatu yang agak menyeramkan terjadi pada malam itu.

Ketika sedang rancak bercakap dan berinteraksi dengan penonton Yeob Hashim kedengaran bunyi samada ada sesuatu ketuk atau benda jatuh dan ini buat Yeop Hashim tersentak dan terus terdiam.

Ramai penonton ketika itu mengatakan ada hantu yang datang ( ada tu cakap hantu minta recoil, adeh! ). Memang agak menyeramkan sebab seperti Yeop seorang sahaja tinggal dirumah itu. Anda lihat sendiri apa yang terjadi. Video mendapat ribuan like dan ratusan share. Untuk lihat video ini kena pakai earphone baru dengar.

Video ketika kejadian Yeop Hashim dikacau.

Adakah Yeop Akan Terus LIVE?
Menurut dari tuan punya badan sendiri, LIVE akan diteruskan dan ini kata kata beliau.

12.30 Malam Ini Saya Masih Meneruskan #LiveFacebookYeopHashim . Saya Beri Komitmen 300% .

Semoga berjaya kepada Tuan Yeop Hashim. Majulah VAPE untuk Negara.

Sumber Kuala Lumpur Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *