kelahiran anak keempat pasangan ini yang diberi nama Yusoff Al Qardawi.

Pasti ramai yang mengenali isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida. Baru-baru ini kecoh tentang kelahiran anak keempat pasangan ini yang diberi nama Yusoff Al Qardawi.

Walaupun, tindakan Datuk Aliff dikecam kerana berkongsi video Datin Shahida bersalin puteranya itu namun ia tidak memberi kesan terhadap keluarga bahagia ini untuk berkongsi perkembangan Yusoff. Terbaru Datin Shahida berkongsi rakaman video dilaman sosial Instagram miliknya tentang anak sulungnya bernama Ammar Ahyan yang sedang mengaji quran disamping Yusoff.

Video tersebut mendapat tontonan lebih 440k tontonan daripada netizen dan ramai memuji tindakan anak Datin Shahida ini malah turut memuji kata-kata yang ditulis olehnya sebagai kapsyen pada status tersebut :-

“pandai abang @ammarahyan baca quran dekat @yusoffalqardawi…sayang sangat dgn adik dia ni…kejap2 datang tengok…moga hubungan darah dan kasih sayang ni berterusan hingga ke akhir hayat…xtak ada gaduh adik beradik…takut sebenarnya nak mendidik anak zaman sekarang…mcm2 dugaan…mudahan anak2 saya jadi anak2 yang soleh dan solehah dan berjaya dunia dan akhirat…

“semua ibu bapa nak anak pandai dan berjaya dalam akademik…tapi bg saya kalau pandai itu satu bonus…sbb pandai dan kejayaan diukur dr sekeping kertas tapi akhlak yg saya lebih harapkan sbb akhlak dan sikap kita bawa sampai ke akhir hayat…”

VIDEO :

 

Sedapnya dengar suara abang mengaji ye


Wanita hebat.. Tahniah


Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @SoyaLemon

Sumber : Instagram Datin Shahida

SoyaLemon.ORG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *