Bagi semangat katanya

PELAKON Ellie Suriaty hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Facebook peribadi miliknya, Ellie ada memuat naik rakaman video kata-kata semangat kepada bekas presiden UMNO tersebut.

Pelakon berusia 48 tahun merupakan antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.

Antara yang didengar pelakon itu melaungkan ‘bebas Najib’.

Sebelum itu, Ellie bersama hampir 50 orang penyokong Najib setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan.

Bagaimanapun kekcohan itu dapat dileraikan dengan kawalan daripada pasukan keselamatan.

Tonton video penuh di bawah

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *