Uqasha Senrose tidak melatah, sekadar tanya

UQASHA SENROSE sepotong nama sensasi yang barangkali tidak pernah sunyi daripada dikaitkan dengan kontroversi, sama ada kecil atau isu berat.

Terbaharu, nama Uqasha menjadi perbualan netizen dalam laman sosial apabila dia bertindak mempertikaikan perbuatan seorang penulis novel yang menggunakan nama dan ilustrasi gambar mirip dirinya sebagai penghias kulit sebuah karya terbaharu di pasaran.

Sedar dirinya seperti dimanipulasikan, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu tampil mempersoalkan perkara tersebut menerusi satu status di laman Twitter.

Soal Uqasha, adakah penggunaan nama dan wajah orang lain dalam karya seseorang penulis novel boleh dilakukan tanpa sebarang keizinan.

Pertanyaan tersebut bagaimanapun disalahertikan oleh peminat. Ada yang mendakwa pelakon berusia 25 tahun itu perasan, sedangkan penerbitan naskhah tersebut langsung tiada kaitan dengan dirinya.

Ikuti penjelasan daripada pelakon dramaA�Hero Seorang CinderellaA�itu yang turut berkongsi tentang perkembangan terkini berhubung karier dan soal hatinya.

KOSMO!: Boleh jelaskan apa yang berlaku tentang isu penulisan sebuah novel yang menggunakan nama anda?

UQASHA SENROSE:A�Sebelum ini saya memang tahu tentang novel tersebut cuma tidak pernah mengikuti perkembangannya. Sehinggalah edisi terbaharu dikeluarkan, saya perasan ada persamaan pada wajah wanita yang menghiasi kulit novel tersebut. Sekali pandang pun ia memang nampak sama dengan saya. Sebab saya tidak tahu apa-apa, jadi saya tanya di laman Twitter mengenainya.

Bagaimanapun, saya sudah bertemu dengan penulis tersebut dan dia sendiri mengaku memang sukakan nama Uqasha. Untuk lakaran wajah pada kulit novel pula, penulis menjelaskan ia diinspirasikan daripada wajah anak patung. Pihak penerbitan novel itu juga sudah menjelaskan perkara sebenar, jadi okeylah.

Adakah anda berpuasA�hati dengan penerangan penerbit dan penulis novel tersebut?

Saya okey sahaja apabila mereka sudah menerangkan perkara sebenar. Sebab saya sekadar bertanya bukannya menuduh. Cuma ia menjadi besar apabila netizen pula yang salah faham dan beranggapan saya perasan. Tetapi nama yang digunakan sah-sah memang nama saya dan wajah yang dilukiskan juga seakan-akan saya. Sebab itulah saya menanyakan perkara tersebut.

Adakah anda akanA�membuat sebarang tindakan serius terhadap isu berkenaan?

Janganlah. Kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini dengan saman-menyaman pula. Tidak mengapa. Mungkin itu adalah rezeki bagi pihak mereka. Jadi biarkanlah.

Setelah tidak lagi meneruskan percintaan dengan pengacara dan pelakon Hefny Sahad, bagaimana kehidupanA�anda sekarang. Adakah semuanya baik-baik?

Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja. Kehidupan saya tetap okey. Cuma buat masa sekarang saya selesa hidup solo. Jadi fokus sekarang hanyalah untuk kerja semata-mata.

Beralih kepada perkembanganA�karier anda sekarang?

Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama untuk slotA�MegadramaA�di saluran Astro Ria berjudulA�Rahsia Hati Perempuan.A�Ia akan bersiaran sebanyak lebih 20 episod dan penggambaran turut dijalankan di Perth, Australia.

Drama arahan Michael Ang ini turut dibintangi Mira Filzah, Hisyam Hamid dan Fikry Ibrahim. Ia akan disiarkan menjelang Ramadan nanti. Selain itu, saya juga bakal bergandingan dengan pelawak Zizan Razak dalam sebuah telefilem istimewa tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *