Inilah 5 Sebab Kenapa Pesakit Resdung Sukar Untuk Sembuh

Ini adalah petua merawat masalah bentan yang pernah saya kongsikan hampir 8 bulan yang lalu.

In sha Allah dengan izin nya, masalah bentan dapat diatasi. Sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai masalah bisa bisa badan, sakit lutut dan sebagainya.

Jangan berputus asa untuk berikhtiar merawat diri.

Bentan ini selalu terjadi kepada wanita selepas bersalin dan mereka melanggar pantang.

Jadi hari ini saya nak bagi tips pada wanita dan sesiapa yang terkena bentan.

Cara nya :

  1. Masak nasi panas panas.
  2. Bakar ataupun sangai bawang putih lebih kurang 5 ulas. Jangan sampai rentung, pahit pula nanti.
  3. Masukkan sebiji bawang putih ke dalam nasi dan kepalkan nasi tersebut.
  4. Selawat sambil kunyah dan telan nasi tersebut.
  5. Apabila dah siap, makan perlahan-lahan beserta selawat dan bismillah. In sha Allah bentan akan berkurangan dan hilang.

Ingatlah pesan orang orang tua, berhati hati lah semasa berpantang. Jangan ingat badan dah sihat, boleh buat sesuka hati.

Luaran nampak ok tapi dalaman siapa yang tahu. Jangan buat main dengan bentan ni. Sengsara di kemudian hari.

In sha Allah semoga bermanfaat.

Sumber : Ida Zmri

Berikut merupakan 5 sebab kenapa pesakit resdung sukar untuk sembuh dari penyakit ini yang telah dikongsikan oleh Dr. Ezairy M Sallih

5 SEBAB PESAKIT RESDUNG SUSAH SEMBUH

a�?Doktor, masalah resdung suami saya ni susah sangat nak sembuh. Bermacam-macam cara dah berubat, masih tak selesai. Apa sebabnya, doktor?a�?

Anda pernah alami situasi seperti di atas?

Cuba kita periksa 5 perkara ini :

1.Tak tahu punca alahan

Resdung dan alergik rhinitis berlaku disebabkan adanya punca alahan atau allergen. Biasa ditemui ialah habuk, hama, makanan lait dan sebagainya. Selagi mana anda terdedah kepada punca alahan tersebut, masalah tak akan selesai.

2.Tak jaga makan dan punca resdung

Dah tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, tetapi masih tak mahu elak punca tersebuta�� macam mana masalah nak selesai? Setelah anda tahu punca yang menyebabkan anda mengalami alahan, elakkan dan jauhi ia!

3.Tidak makan ubat

Setelah mengelakkan punca-punca alahan, anda perlu ambil ubat yang diberi oleh doktor. Ia amat membantu terutama jika serangan resdung berlaku kepada anda.

4.Buat rawatan yang tidak betul

Ramai antara kita yang lebih mempercayai rawatan resdung yang tidak betul. Teknik lilin, asap-asap dan sebagainya adalah antara contoh yang anda tidak patut lakukan. Ambil ubat yang diberi oleh doktor.resdung sukar sembuh, masalah resdung, rawatan untuk resdung, petua untuk resdung, cegah resdung, punca resdung

5.Selalu skip temujanji doktor

Apabila jumpa doktor, diberi ubat yang sesuai dengan anda, simptom dan gejala pun berkuranga�� kemudian hilang. Temujanji dengan doktor pun lupa entah ke mana. Ini pun tidak boleh. Jangan terlepas temu janji bersama doktor. Doktor akan menilai semula gejala yang anda alami dan beri ubat sesuai dengan masalah yang anda sedang alami.

Moga bermanfaat. Sila #SHARE kepada orang yang anda sayang. Moga kita semua diberi kesihatan berpanjangan.

Dr. Ezairy M.Sallih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *