Dulu, Malaysia ada Pawang Nong yang tangkap Orang Minyak

Rasanya, dah lama tak dengar pasal Orang Minyak ni. Kalau dulu, kita selalu dengar pasal Orang Minyak ni kalau belek dalam majalah-majalah misteri macam Mastika, Variasi, Intisari, Intifada, Intikaripap dan macam-macam lagi.

Tapi baru-baru ni, kecoh pasal Orang Minyak yang nampaknya mengganas di Kubang Kerian, Kelantan.A�Orang Minyak tersebut dipercayaiA�cuba mencabul seorang gadis berusia 17 tahunA�yang pada masa tu tengah jemur baju, di siang hari! Nasib baiklah jeritannya didengari jirannya yang kemudiannya datang dan terus menghubungi bapa serta adik lelakinya yang sedang bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran rumah.

Mangsa dikatakan masih lagi trauma. Imej dari nst

Bunyinya macam mustahil je. Zaman maju ni, masih ada ke perkara-perkara mistik macam ni? Bukan ke tu hanya cerita orang tua-tua untuk menakutkan orang supaya tak keluar malam? Tapi sebelum tu, apa dia Orang Minyak ni?
Orang Minyak, asalnya merupakan manusia yang salah tuntut ilmu batin
Bila sebut je Orang Minyak, rasanya kita semua tahu macam mana rupanya walaupun tak pernah terserempak (kecuali dalam filem atau gambaran dalam buku).A�Rupanya hitam legam, melekit, dan berbogel.A�Tapi mungkin ramai yang dah sedia maklum yang Orang Minyak ni bukanlah mana-mana spesies hantu. Tapi, ia cumalahA�seorang manusia biasa yang menuntut ilmu batin, atau ilmu hitam dengan membuat perjanjian dengan syaitan!A�Semuanya untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Ni bukan orang minyak seperti yang dicanangkan, niA�orangA�kat pelantarA�minyak.Imej dari aleqt.com

Sama dengan namanya, Orang Minyak ni juga bukanlah asalnya hitam legam berminyak. Tapi,A�tubuhnya tu dilumurkan dengan minyak hitam yang berkilat supaya senang nak bersembunyi pada waktu malam, dan senang nak lari tanpa ditangkapA�orang disebabkan badan yang licin macam belut.A�Tujuannya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan memperkosa gadis perawan, dan kadang-kadang mencuri.

a�?Walaupun kami membuat rondaan, berjaga, mengepung Orang Minyak ini namun dia bagaikan hilang tanpa kesan. Kami melakukan sembahyang hajat namun Orang Minyak ini tetap mengganggu.

a�?Ada penduduk melihat kelibatnya namun usaha menangkapnya tidak berjaya,a�? a�� penduduk kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian, dipetik dariA�Kosmo Online.

Ni pun bukan, ni Bhai tungguA�orangA�nak isiA�minyak. Imej dari fortune.com

Orang Minyak ni bukanlah cakap-cakap mak cik bawang kat kampung je, tapi ada dalam buku-buku di Barat, contohnyaA�dalamA�buku a�?AA�World of Curiosities:A�Surprising, Interesting, and Downright Unbelievable Facts from Every Nation on the Planeta��A�penulisan John Oldade. Pergh, panjang betul nama buku ni!

Dalam buku tu, dia ada terangkan pasalA�Orang Minyak ni sebagai pengamal ilmu hitam yang berbogel dan melumur minyak hitam ke seluruh tubuhnya, supaya tak mudah ditangkapA�a�� macam apa yang kita bagitahu tadi.A�Dalam buku tu juga, dia menerangkan yangA�Orang MinyakA�dikatakan dah lama wujud,A�dan targetnya bukan saja rumah-rumah yang mempunyai anak dara, tapi juga asrama perempuan.

Kes Orang Minyak yang dah lama menyerang Pahang. Imej dari krissmerah

MalahA�menurutA�Theresa BaneA�dalam bukunya, Encyclopedia of Demons in World Religions and Cultures, operasi Orang Minyak ni berjaya jika iaA�berjaya memperkosa 21 orang anak dara dalam masa 7 hariA�supaya syaitan akan mengkabulkan apa saja permintaan mereka.

Bukan tu je, Orang Minyak ni juga dikatakanA�adaA�kebolehan untuk memukau orang, sebab tu la ada sesetengah kes yang dilaporkan, mangsa akan jadi kaku dan tak boleh menjerit. Selain tu juga, Orang Minyak ni dikatakan tak boleh dilihat oleh perempuan yang dah tak perawan.

Tak boleh siarkan gambar penuh, bahaya. Imej dari boombastis.com

Ada juga versi lain yang mengatakanA�Orang Minyak ni sebenarnya jadi hitam sebab tersalah menuntut, jadi dia cuma akan pulih lepas memperkosa 40 orang gadis.A�Lepas diperkosa, muka mangsa akan ditanda pangkah.

Punyalah popular kisah Orang Minyak ni dulu, ia pernahA�difilemkan dan diarahkanA�oleh P. Ramlee pada tahun 1958, dengan tajuk Sumpahan Orang Minyak. Ia diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd diA�Singapura.

Imej dari felix-entertainment.com

Tapi, Orang Minyak juga ada kelemahan tersendiri
Sehebat-hebat Orang Minyak pun, dia mesti ada kelemahan tersendiri. Antara benda-benda yang boleh melemahkannya adalah:

Jantung pisang dan daun keladi biraA�a�� Kalau ada serangan Orang Minyak di sesebuah kampung tu, setiap penduduk kampung yang ada anak dara akan menabur kelopak jantung pisang dan daun keladi bira supaya takde gangguan.
Cermin besar dalam rumah a��A�Selain tu juga, cara untuk elakkan kehadiran Orang Minyak ialah dengan meletakkan sebuah cermin yang besar dalam bilik atau rumah, sebabnya orang minyak dikatakanA�takut dengan cermin.A�Tapi, make sure la korang tak terkejut dengan muka sendiri bangun pagi ye!

Terkejut mak, nak! Imej dari starecat

Bau peluh badan a��A�Disebabkan Orang Minyak hanya tertarik kepada perempuan, jadi anak dara dinasihatkan supaya memakai baju yang berpeluh supaya orang minyak tu ingat yang tidur tu adalah lelaki.
Memakai pakaian secara terbalik a��A�(untuk mengelakkan pukau oleh Orang Minyak), atau menutup badan dengan kain batik masa tidur. Kain batik juga dikatakan dapat melemahkan orang minyak kalau diselubungkan ke atasnya. Ada juga yang mengatakan lepas kelubungkan dengan kain batik, kena gigit ibu jarinya. Korang sanggup gigit?
Sandarkan penyapu pada pintu
Letak a��buluh kuninga�� di dalam bilikA�a�� dipercayai dapat menakutkan Orang Minyak.
Tidur secara berselerakA�(tidak teratur sekiranya tidur secara beramai-ramai di dalam satu bilik)

Kalau baby comel la. Kalau orang besar? Nauzubillah. Imej dari ketegaq.blogspot

Ni cuma petua orang tua-tua yang diamalkan oleh penduduk kampung zaman dulu.A�Tapi, Orang Minyak ni tak pernah ditangkap langsung ke?

KesA�Orang Minyak ni dah beberapa kali berlaku dulu.A�Malah, ada yang berjaya ditangkap, contohnya macam kes padaA�24 November 2006,A�seorang pencuri yang melumurkan dirinya dengan minyakA�telah ditahan di Kampung Tawas,A�Perak.

Keratan akhbar tentang Orang Minyak yang ditangkap beberapa tahun lepas. Imej dari bp.blogspot

Kes lain yang pernah berlaku adalah di Kuala Lumpur padaA�September 2011A�di manaA�penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak beramai-ramaiA�menangkap lelaki warga asing yang berbogel, dan bersilat di hadapan rumah seorang penduduk sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu pada pukul 2 pagi.

Selain tu, ada juga kes padaA�November 2017A�di manaA�A�suspek, seorangA�rakyat Indonesia memecah masuk ke dalam rumah mangsa tanpa memakai baju manakala tubuhnya pula dilumurkan dengan minyak.

Setakat ni, antara beberapa kes yangA�dilaporkan serta berjaya diselesaikanA�adalah kes Orang MinyakA�jadian a�� iaituA�pencuri yang melumurkan minyak pada badan, tapi tak menuntut sebarang ilmu hitam.

a�?Orang Minyaka�� yang ditangkap di Dataran Pahlawan, Melaka pada tahun 2014. Imej dari China Press

Dulu, Malaysia juga ada Pawang Nong yang tangkap Orang Minyak
Kalau kat Amerika ada Ghostbuster, Malaysia pulak ada pawang, bomoh dan ustaz yang boleh menangkap hantu, malah kadang-kadang boleh mengubat pesakit yang terkena ilmu sihir.

Imej dari giphy

Tapi selalunya tak ramai yang ada kebolehan untuk tangkap hantu atau makhluk yang macam ni. Salah seorang yang berjaya menangkap Orang Minyak ni pada satu masa dulu adalahA�Haji Nong Taib Bin Santan, atau dikenali sebagai Pawang Nong, seorang pawang dan guru silat yang tinggal di Hulu Cheka Jerantut, Pahang. Pawang Nong sangat terkenal di Pahang satu masa dulu, salah satunya sebabA�kejayaannya menangkap Orang Minyak yang pernah mengganas di Pahang.

Haji Nong Taib, atau Pawang Nong bersama pingat penganugerahan Pahang kepadanya. Imej dari muzium Pahang.

Menurut ceritaA�daripada anak Pawang Nong, dah ramaiA�bomoh dipanggil untuk menangkap Orang Minyak masa tu. Tapi, tak pernah berjaya sebab lembaga tu terlalu licik sebab menggunakan ilmu hitam danA�memukau seisi rumah dengan menyelitkan daun sireh yang telah dijampi ke celah-celah dinding rumah mangsa.

Disebabkan tak tahan dengan gangguan Orang Minyak yang memperkosa anak dara dan juga isteri orang di kampungA�di sekitar Lipis dan Jerantut tu, orang kampung kemudiannya bersepakatA�meminta pertolongan dan bantuan dariA�Pawang Nong. WalaupunA�dia sedia maklum dengan apa yang berlaku, tapi dia kena ikut pantang-larang, atau petua yang dipelajarinya iaituA�tak boleh sesuka hati masuk campur kalau tak dijemput.A�Jadi bila orang kampung dah minta tolong, dia pun bersetuju.

Sebagai persiapan, Haji Nong Taib mengumpulkan beberapa pemuda kampung yang pandai berlawanA�dan membentuk satu pasukan.A�Malah, persiapan lain yang turut disediakan adalahA�kain kapan dan cangkul.A�

Imej dari fb

Tapi, penangkapan Orang Minyak tak semudah tu.A�Lembaga yang dikatakan ditemui di Lipis Barat pada mulanyaA�berjaya memukau pasukan Pawang Nong.A�Kali kedua, pasukan mereka berpecah dan Orang Minyak tu menyerang kembali.A�Ramai anak buah Pawang Nong tumbang, yangA�akhirnya membawa kepada pertarungan antara Haji Nong dan juga Orang Minyak tu.A�Perlawanan bermula antara ilmu batin jahat dan baik sampai akhirnya, Haji NongA�berjaya menewaskan pengamal ilmu hitam tu.

Setelah disoal siasat, Orang Minyak tu menangis teresak esak dan mengaku telahA�memperkosa berbelas belas anak dara dan isteri orang demi keperluan ilmu yang dituntutnya.A�Haji NongA�menyuruh Orang Minyak tuA�beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Tapi, lembaga tu tak nak buat,A�dan cuma berdiam diri, mungkin sebab dah buat perjanjian dengan syaitan.

Pawang Nong kemudiannya pegang kepala lelaki itu dengan tangan kiri, manakala tangan kanannyaA�menetak kepala Orang MinyakA�tu dengan kuat, sampaiA�memisahkan kepala dan badannya.

Pertarungan yang begitu sengit sekali. Imej dari giphy

Orang Minyak tu mati serta merta dengan darah memancut-mancut.A�Kain kapan dan cangkul dikeluarkan, danA�mayat Orang Minyak tu dikebumikan di situ juga.A�Kampung tu kembali aman daripada serangan Orang Minyak. Walaupun Pawang Nong tahu siapa pengamal ilmu hitam tu, tapi dia terpaksaA�rahsiakan identitinya sebab tak nak warisnya dapat malu sebab ahli keluarganya amalkan ilmu salah.A�

Sumbangannya kepada negeri telah melayakkan diaA�dapat gelaranA�Pawang Diraja Negeri Pahang.A�DiaA�bukan saja dikenali sebab berjaya menewaskan Orang Minyak semata-mata, tapi juga menewaskan pengganas, di mana dia pernahA�berjuang bersama Mat KilauA�yang merupakan orang kampung sebelahnya.

Pawang Nong. Imej dari mstar

DiaA�merupakan salah seorang pahlawan Melayu yangA�menentang komunisA�dan Jepun di daerahnya denganA�membantu askar Inggeris menawan pengganasA�di hutan Hulu Cheka bersama anaknya. DiaA�mendapatA�pingatA�Ahli Mangku Negara (AMN)A�danA�Pingat Jaksa Kebaktian (PJK)A�daripada kerajaan persekutuan sertaA�Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) daripada Pahang.

Kerajaan British mengiktiraf kehebatannya denganA�mengurniakan Pingat Empayar BritishA�(B.E.M) oleh Jeneral Sir Gerald TemplerA�sebagai mengenang jasa dan baktinya.A�Pawang Nong meninggal pada tahun 1977,A�dan menurunkan ilmunya kepada anak dan cucunya.

Haji Nong dianugerahkan pingat oleh British. Imej dari Facebook

Penganiayaan terhadap diri sendiri dan orang sekeliling
Setakat ni, Orang Minyak yang menyerang mangsanya di Kelantan masihA�belum berjaya ditangkap, atau dikenalpasti kesahihannya sama ada betul Orang Minyak,A�atau sekadar menyamar untuk menakut-nakuttkan orang kampung. Penduduk di sekitar rumah mangsa juga mendakwa ketika berkawal, mereka adaA�terhidu bau tengikA�sampaiA�terbatuk-batuk.A�Mangsa pula dikatakan masih berada dalam keadaan traumaA�dengan apa yang berlaku.

Tapi kalau betul Orang Minyak yang wujud tu adalahA�pengamal ilmu batin, ianya dah jatuh kepada hukum syirik, iaitu menyekutukan Allah untukA�mencapai sesuatu yang dihajatiA�tanpa memohon pertolonganA�dari-Nya. Perkara ni juga ditegur olehA�Pengerusi Darussyifaa�� Kelantan, Zaki Ya.

a�?Apabila manusia berkehendakkan sesuatu yang hajat dengan jalan mudah dan salah, mereka menggunakan jin dan iblis untuk mendapatkan apa-apa yang diingini.

a�?Berlaku perjanjian antara mereka iaitu manusia menggunakan jin dan iblis serta begitu juga sebaliknya apabilaA�jin dan iblis itu pula akan menggunakan manusia untuk berbuat perkara di luar syariat mengikut perjanjian-perjanjian yang sudah dimeterai antara mereka.A�Berlaku imbalan dalam perjanjian itu,a�? a�� Zaki Ya,A�Pengerusi Darussyifaa�� Kelantan dipetik dariA�Sinar Harian.

 

sumber:A�soscili

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *